ALOR GAJAH: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa kerajaan negeri Melaka mempertimbangkan bantuan wang tambahan kepada mangsa banjir yang terjejas di negeri itu.
Tegasnya, ini adalah kerana ramai mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan ekoran bencana alam yang menyebabkan sehingga 90 peratus kerosakan barangan rumah.
Dalam masa sama, beliau berkata, mangsa banjir juga tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan RM1,000 yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, meskipun situasi bencana banjir yang berlaku di melaka tidak seteruk di negeri lain, namun kerajaan negeri seharusnya mengumumkan bantuan khas dengan mengambil contoh apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Pahang dan Negeri Sembilan.
“Saya harap kerajaan negeri dapat mengumumkan bantuan khas kewangan sebagai sokongan kepada mereka yang terlibat dengan banjir ini kerana kita lihat banyak rumah yang berdepan kemusnahan harta benda hampir 90 peratus.
“Lebih-lebih lagi apabila baru sahaja Oktober lalu mereka diuji dengan kejadian sama dan menyebabkan banyak peralatan rumah tidak boleh digunakan.
“Jadi sebagai Ahli Parlimen saya merayulah kalau kerajaan negeri boleh mempertimbangkan sedikit (bantuan kewangan) dan di peringkat Parlimen kita juga ada beri bantuan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
Dalam pada itu, ujarnya, Pejabat Parlimen Masjid Tanah turut mengambil inisiatif membuka khemah khas di kawasan Lubok China bagi membolehkan orang ramai menghantar apa sahaja sumbangan bagi meringankan beban mangsa terjejas.
Jelasnya, dengan mengenepikan ‘protokol’, orang ramai boleh hadir dan mengambil apa sahaja barang keperluan yang diperlukan termasuk makanan asas, pakaian, tilam, bantal, selimut dan mainan kanak-kanak.
“Dalam kejadan banjir baru-baru ini, daerah Alor Gajah merekodkan jumlah mangsa teramai di negeri Melaka ini dan atas keprihatinan masyaraka juga, pejabat Parlimen menerima banyak sumbangan daripada pelbagai pihak, namun sukar untuk mangsa-mangsa terlibat datang untuk mendapatkan barangan keperluan.
“Jadi, kami ambil pendekatan untuk buka khemah di kawasan yang terjejas teruk sekitar Lubok China ini yang mana sesiapa sahaja ingin menghantar sumbangan boleh letakkan di sini dan orang ramai juga bebas mengambil apa sahaja yang mereka perlukan,” tambah Mas Ermieyati lagi.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Dec 25 2021
Datuk Mas Ermieyati Samsudin membantu menyusun barangan keperluan sumbangan orang ramai di khemah khas di kawasan Lubok China, Alor Gajah untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin
Angka kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.